“Ibu Dah Tak Ada Kan?” Kemalangan Di Setiawan 2 Beradik Yatim Piatu Sekelip Mata

Sesungguhnya ajal dan maut ditangan tuhan.Kemalangan berlaku menyebabkan 2 beradik sekaligus menjadi yatim piatu apabila ibu, ayah dan adik bongsu maut dalam kemalangan jalanraya.
Dalam kejadian 11.07 malam itu, mangsa, Mohamad Adam Che Embi, 33, isterinya, Nur Hamizza Hamdan, 32, dan anak mereka, Mohamad Aisy Hakim Mohamad Adam, 2, maut di tempat kejadian dalam kemalangan berdekatan Jambatan Raja Permaisuri Bainun, Sitiawan, dekat sini, malam tadi.

Dua lagi anak pasangan itu, Nur Aisyah Umairah Mohamad Adam, 6, dan Mohamad Hakimi Amsyar Mohamad Adam, 4, mengalami kecederaan.

Kemalangan berlaku selepas Proton Saga dinaiki keluarga itu dari arah Seri Manjung menghala ke Segari bertembung dengan Chevrolet Captiva dari arah bertentangan.
Nahas mengakibatkan pasangan suami isteri itu tersepit manakala Mohamad Aisy Hakim tercampak keluar kereta.

Arwah Sempat Minta Maaf
Ropitah, 53, iaitu ibu kepada Allahyarhamah Nur Hamizza berkata, anaknya sekeluarga datang ke rumah di Pengkalan Bharu bagi menjenguk dia sebelum pulang kembali ke kediaman mereka di Risedensi Prima@ Segari, semalam.

“Arwah sempat minta maaf sebelum balik semalam,
“Adam (menantu) minta saya doakan dia sebab Rabu ini ada temu duga bagi kenaikan pangkat. Adam bekerja sebagai juruteknik TNB Stesen Janakuasa Sultan Azlan Shah.

“Mereka memang kerap menjenguk saya, tak sangka hari ini mereka sudah tiada,” kata ketika ditemui di Unit Perubatan Forensik Hospital Seri Manjung, dekat sini, hari ini.

Ambil Tanggungjawab Jaga Cucu
Ropitah dan suaminya, Hamdan Hamdi, 62, mendapat khabar pemergian anak, menantu dan cucu daripada anak lelaki mereka yang juga adik kepada Nur Hamizza pada tengah malam tadi.
“Pagi tadi saya jenguk cucu-cucu saya yang cedera di wad. Nur Aisyah Umairah tanya saya ‘ibu dah tak ada kan?
“Dia cuma tahu ibunya sudah meninggal dunia. Dia tak tahu ayah dan adik bongsunya lagi.
“Saya akan ambil tanggungjawab jaga kedua-dua cucu saya selepas ini,” katanya.
Ropitah berkata, pihak hospital percaya Nur Aisyah Umairah mengalami pendarahan dalam paru-paru manakala Mohamad Hakimi Amsyar pula mengalami kecederaan di dada dan dahi.

Kebumikan Dalam Satu Liang Lahad
Sementara itu, kakak sulung kepada Mohamad Adam, Salmirawati Che Embi, 46, berkata, keluarga mereka menerima berita itu pada 2 pagi tadi.

“Ibu, Salamiah Abd Manan, 59, masih terkejut. Dia ada dalam kereta, tidak mahu turun.
“Pada mulanya kami tidak percaya, lebih-lebih lagi ada yang beritahu kereta mereka terbakar. Tapi rupanya sebuah lagi kereta.

“Kami reda dengan pemergian arwah, terima kasih kawan-kawan arwah yang datang hari ini” katanya.

Mayat tiga beranak itu akan dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Pengkalan Bharu, hari ini.

Terdahulu, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata pihak polis menerima aduan kemalangan membabitkan dua kereta pada jam 11.07 malam.

“Sebuah kereta Proton Saga dari arah Seri Manjung menghala ke Segari bertembung kereta jenis Chevrolet Captiva di lokasi kejadian.

“Akibat kejadian itu, kereta Chevrolet Captiva kemudian terbakar dari bahagian hadapan disyaki akibat kebocoran petrol,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, ketiga-tiga mangsa yang meninggal dunia dibawa ke Hospital Seri Manjung untuk bedah siasat manakala tiga orang lagi mangsa dihantar ke hospital sama bagi menerima rawatan. Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Source link

Facebook Comments Box

Artikel Berkaitan

Back to top button