info@rakyat.my
Saturday, June 19, 2021
Berita

Ikan Pari Terdampar Di Kuala Selangor Petanda Tsunami?

76views

KUALA SELANGOR, 31 Jan — Penduduk di sekitar daerah ini dikejutkan dengan kehadiran ratusan ikan pari terdampar di Pantai Sungai Kajang di sini, semalam.

Kejadian itu tular menerusi video dan beberapa keping gambar di laman Facebook memaparkan orang ramai mengambil kesempatan ‘mengaut’ hasil terpijak yang sehingga kini belum diketahui puncanya.

Beberapa netizen juga menganggapnya adalah rezeki kepada nelayan dan tidak kurang juga mengaitkannya dengan kejadian tsunami.

“Semoga menjadi rezeki kepada semua nelayan yg berdekatan,” kata pengguna laman itu, Ridhauddin Tahir.

Seorang pengguna, Lala Lula menegaskan perkara itu menimbulkan kehairanan berikutan fenomena itu sering dikaitkan dengan ikan bersaiz kecil.

“Kalau kata hendak tsunami semua ikan-ikan kecil akan naik ke darat tetapi ni pari je. Kenapanya?,” katanya.

Seorang pemilik akaun FB mendakwa, ikan pari itu tidak terdampar seperti yang tular di media sosial, sebaliknya adalah hasil daripada pemasangan belat (peralatan menangkap ikan).

“Ini cerita semalam. Orang (nelayan) membelat (ikan pari) dapat hasil satu tan dan bukan ikan terdampar seperti yang sedia maklum,” katanya.

Sementara itu, pengesahan lanjut daripada Jabatan Perikanan Selangor cuba didapatkan berhubung perkara itu.

Source Link