Imigresen gempur penempatan pendatang tanpa izin, 48 ditahan

PUTRAJAYA, 17 Dis (Bernama) — Jabatan Imigresen menahan 48 pendatang tanpa izin dalam satu operasi bersama Jabatan Pendaftaran Negara di sebuah penempatan haram di Dengkil, dekat sini, awal pagi semalam (Jumaat).

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud dalam kenyataan hari ini berkata seramai 63 warga asing yang berada di sebuah tapak pembinaaan telah diperiksa dan 48 daripadanya ditahan atas pelbagai kesalahan antaranya tinggal lebih masa dan tiada dokumen pengenalan diri.

Kesemua yang ditahan berumur antara 18 hingga 53 tahun dan terdiri daripada 30 warga Indonesia, Bangladesh (12), Myanmar (lima) dan seorang warga Vietnam, serta dipercayai tinggal di penempatan tersebut bagi mengelakkan dikesan dari pihak berkuasa.

“Semasa serbuan, terdapat pendatang tanpa izin yang cuba meloloskan diri namun kesemua mereka dapat ditahan kerana laluan keluar dari penempatan itu telah dikepung lebih awal.

“Seorang pegawai operasi juga cedera di bahagian lutut dan kaki akibat terkena besi tajam kerana penempatan tersebut tidak rata, berlumpur serta dipenuhi besi serpihan pembinaan,” katanya.

Beliau berkata kesemua tahanan ditempatkan di Depot Imigresen Lenggeng, Negeri Sembilan untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Sumber

Facebook Comments Box

Artikel Berkaitan

Back to top button