NEW DELHI, 23 Mei (Bernama) — Bekas perdana menteri Pakistan Imran Khan mengajak penyokongnya berhimpun di Islamabad pada Rabu bagi mendesak kerajaan baharu segera mengumumkan untuk mengadakan pilihan raya.
“Saya mahu seluruh negara datang ke Islamabad, di Lebuhraya Srinagar untuk Perarakan Haqiqi Azadi pada 25 MeiĀ saya akan jumpa anda pada pukul 3 petang,” kata Imran dalam catatan media sosial selepas mesyuarat kepimpinan tertinggi Pakistan Tehreek-e. -Insaf (PTI) pada Ahad.
Sejak disingkirkan menerusi undi tidak percaya di Parlimen pada April, Imran menganjurkan perhimpunan besar-besaran di seluruh Pakistan dan menolakĀ kerajaan baharu pimpinanĀ Perdana Menteri Shehbaz Sharif yang disifatkannya sebagai “kerajaan import”.
Bercakap dalam satu sidang akhbar di bandar Peshawar,Ā pada Ahad, Imran berkata protes di Islamabad akan diteruskan sehingga tuntutannya untuk pilihan raya baharu diterima.
āKami mahukan pilihan raya yang adil dan saksama di negara ini,ā katanya.
Imran berkata kempennya sekarang adalah untuk “haqiqi azadi” (kebebasan sebenar) dan kedaulatan Pakistan.
āIa bukan politik, ia adalah jihad menentang ketidakadilan,ā katanya.
Perarakan di Islamabad akan diadakan secara aman sehubungan itu beliauĀ meminta institusi negeri untuk kekal adil dalam perjuangannya menentang kerajaan gabungan persekutuanĀ pimpinan parti Liga Muslim Pakistan-Nawaz (PML-N) yangĀ baharuĀ berusia enam minggu.
Beliau mengulangi pendiriannya bahawa kerajaan PTIĀ digulingkan melalui konspirasi danĀ berharap tentera terus kekal berkecuali.
Imran berkata lawatannya ke Rusia pada Februari, yang dikritik Barat, dibuat selepas berunding dengan Kementerian Luar Pakistan, bekas setiausaha asing dan kepimpinan tentera serta menafikan tuduhan ia keputusan peribadi.
— BERNAMA