India Mewajibkan Penggunaan USB-C pada Telefon Pintar bermula 2025

Eropah akan mewajibkan penggunaan USB-C pada peranti elektronik di negara-negara ahli Kesatuan Eropah bermula Disember 2024. Ini membuka ruang kepada iPhone untuk akhirnya menggunakan USB-C selepas sekian lama berdegil menggunakan Lightning. Menurut laporan Business Standard pagi ini, India pula akan mewajibkan penggunaan USB-C pada telefon pintar bermula Mac 2025.

Laporan memetik kenyataan Rohit Kumar Singh yang merupakan setiausaha Kementerian Hal Ehwal Pengguna India. Keputusan menyeragamkan penggunaan USB-C sebagai port pengecasan tunggal telefon pintar diambil oleh India selepas mengambil maklum balas daripada pihak berkepentingan dalam industri.

Selain menyeragamkan pengecasan telefon pintar dan tablet, India turut ingin menyeragamkan sistem pengecasan untuk peranti boleh pakai di negara mereka tetapi tarikh belum diumumkan.

Sumber – Business Standard

Sumber

Facebook Comments Box

Artikel Berkaitan

Back to top button