Ini Mungkin Rekaan Peranti Skrin Boleh-Lipat Vivo X Flip

Oppo akan melancarkan dua telefon skrin boleh-lipat siri Find N2 mereka hari ini. Samsung pula telah mendominasi pasaran ini sejak tiga tahun yang lalu. Motorola RAZR gagal kerana tidak ditawarkan ke pasaran lebih besar. Maka tahun depan pengeluar lain perlu berusaha lebih keras untuk menewaskan Samsung dalam pasaran ini.

Hari ini imej skematik untuk peranti yang didakwa adalah Vivo X Flip telah tertiris di China. Berdasarkan imej ini, ia kelihatan seperti gabungan rekaan Oppo Find N2 Flip dan Vivo X Fold. Terdapat skrin sekunder yang besar di belakang peranti dipadankan dengan bonggol kamera yang besar.

Setakat ini tiada maklumat lebih terperinci mengenai peranti skrin boleh-lipat kompak pertama daripada Vivo kecuali ia akan dilengkapi cip Snapdragon 8+ Gen 1. Vivo X Fold mereka tahun ini dipuji kerana mempunyai rekaan yang lebih kemas dan sistem kamera yang lebih berkuasa berbanding Galaxy Z Fold4.

Adakah 2023 akan akhirnya menjadi tahun perang skrin boleh-lipat berlaku pada skala lebih besar? Kita akan mengetahuinya selepas Oppo, Vivo dan Xiaomi melancarkan peranti mereka dalam masa terdekat.

Sumber

Facebook Comments Box

Artikel Berkaitan

Back to top button