Instagram Memperkenalkan Instagram Notes – Perkongsian Teks Sepanjang 60 Aksara

Instagram hari ini mengumumkan pengenalan sebuah ciri baharu, dinamakan Instagram Notes. Melaluinya, ia membolehkan para pengguna melakukan perkongsian dalam bentuk teks dan emoji, sepanjang 60 aksara.

Melalui Instagram Notes, setiap perkongsian akan dipaparkan pada bahagian atas halaman DM, dan ia akan dipaparkan untuk tempoh 24 jam – lebih kurang seperti Stories.

Instagram mengatakan Notes, ia membolehkan pengguna melakukan perkongsian ringkas tanpa perlu berkongsi gambar dan sebagainya. Rakan-rakan yang membalasnya juga akan terus berhubung dengan anda melalui bahagian DM.

Buat masa ini, ciri ini sedang diperkenalkan secara berperingkat kepada pengguna Instagram.

Sumber

Facebook Comments Box

Artikel Berkaitan

Back to top button