info@rakyat.my
Sunday, June 20, 2021
Perniagaan

IPO MR DIY Terlebih Langgan 3.9 Kali

80views

KUALA LUMPUR, 19 Okt — Tawaran awam permulaan (IPO) MR DIY Group (M) Bhd (MDGM) sebanyak 941.49 juta saham terlebih langgan 3.9 kali.

MDGM dalam satu kenyataan berkata, minat yang tinggi daripada pelabur Malaysia, asing dan pelabur terpilih menyaksikan tawaran institusinya terlebih langgan 4.71 kali.

“Bagi tawaran runcit, permohonan bagi sejumlah 169.94 juta saham terbitan dengan nilai RM271.90 juta diterima daripada orang awam Malaysia dan orang layak.

“Bagi pengundian saham berkenaan dengan permohonan diterima daripada orang awam Malaysia, 9,244 permohonan bagi 133.94 juta saham terbitan dengan nilai RM214.30 juta diterima, mewakili lebihan langganan 0.07 kali,” katanya.

MDGM berkata, 36 juta saham terbitan diperuntukkan bagi permohonan oleh orang layak dilanggan sepenuhnya.

“Harga institusi ditetapkan pada RM1.60 sesaham IPO. Oleh itu, harga runcit akhir bagi saham terbitan di bawah tawaran runcit ditetapkan pada RM1.60 bagi setiap saham terbitan,” katanya.

Oleh kerana harga runcit akhir setara harga runcit RM1.60 bagi setiap saham terbitan, bayaran balik tidak dibuat kepada pemohon berjaya.

Notis peruntukan dihantar kepada semua pemohon berjaya pada atau sebelum 26 Oktober.

IPO MDGM membabitkan penawaran sehingga 941.49 juta saham dengan tawaran institusi 779.96 juta saham bagi pelabur Malaysia, institusi asing dan pelabur terpilih termasuk pelabur Bumiputera diluluskan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti)

Source link