Hiburan

Issey Timang Bayi Merdeka

Puteraku, Semoga Menjadi Anak Soleh, Berbakti Kepada Keluarga, Agama & Negara

Tanggal 31 Ogos, Issey timang bayi merdeka! Tahniah diucapkan buat pelawak dan penyampai radio Gegar FM, Issey Fazlisham yang telah selamat menimang cahaya mata apabila isterinya, Noor Aimi Jamel melahirkan seorang bayi lelaki.

Kegembiraan berganda apabila bayi yang dilahirkan secara normal di sebuah pusat perubatan di Shah Alam sekitar jam 1.48 tengahari itu merupakan bayi merdeka apabila lahir pada hari sambutan kemerdekaan negara yang ke-64.

Malah Issey juga menerusi perkongsian di akaun Instagramnya begitu teruja menyambut kehadiran cahaya mata sulung, hasil perkongsian hidupnya dengan isteri lebih dua tahun lalu.

Sebelum ini, Aimi merupakan seorang ibu tunggal kepada tiga anak, hasil perkahwinan pertama bersama Allahyarham suaminya. Tiga anak mereka ialah Muhammad Uqashah, Muhammad Qayyum dan Cataleya Humairah.

Zuriat Issey Yang Pertama

Issey yang berasa dari Kelantan, juga berdoa agar anak lelakinya itu menjadi anak yang soleh apabila dewasa kelak.

“31 Ogos 2021. Jam 1.48 PM. Kamu telah merdeka daripada perut ibu. Lahirlah zuriat Issey yang pertama.

“Puteraku, semoga menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada keluarga, agama dan negara.

“Selamat Hari Kebangsaan sayang. Anak Merdeka,” tulisnya.

Facebook Comments Box
Back to top button