info@rakyat.my
Sunday, June 20, 2021
Berita

Ivan, Wee Wern Pertahankan Gelaran Juara

78views

KUALA LUMPUR, 11 Okt — Juara bertahan – Ivan Yuen dan Low Wee Wern masing-masing mengekalkan gelaran juara kebangsaan kategori perdana lelaki dan wanita selepas memenangi final Kejohanan Skuasy Kebangsaan Ke-36 yang berlangsung di Arena Nicol David, Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil di sini hari ini.

Ivan yang merupakan juara sejak 2017, mengambil masa 48 minit untuk menundukkan pemain kebangsaan yang juga peman pilihan kedua kejohanan Muhammad Syafiq Kamal dengan 11-8, 11-9 dan 11-6.

Terdahulu, pemain nombor satu wanita negara Low Wee Wern diasak hebat dalam pertarungan selama 57 minit sebelum memenangi perlawanan akhir itu dengan kemenangan 3-11, 11-7, 11-6, 3-11 dan 11-9 ke atas Juara 2018, S Sivasangari.

“Amat menarik menyaksikan pemain wanita berentap dengan hebat,” kata Wee Wern.

Ini petanda baik buat skuad kebangsaan dan ini menunjukkan mereka berlatih dengan konsisten walaupun mereka boleh sahaja berehat,” kata beliau yang sebelum merupan penyandang juara tiga kali pada 2012, 2014 dan 2019.

Di atas kemenangan mereka Ivan dan Wee Wern masing-masing membawa pulang RM4,000 dan juga piala kemenangan sementara Muhammad Syafiq dan Sivasangari masing-masing menerima RM2,000.

Setiap pemain yang tewas di peringkat separuh akhir menerima RM1,000.

Keputusan Final:

(Nota: [  ] menandakan pilihan)

Lelaki Perdana :

——————–

[1] Ivan Yuen mn [2] Muhammad Syafiq Kamal 11-8, 11-9, 11-6

Wanita Perdana:

———————-

[1] Low Wee Wern mn [2] S Sivasangari 3-11, 11-7, 11-6, 3-11, 11-9

— BERNAMA

Source link