info@rakyat.my
Thursday, June 17, 2021
Berita

Jabatan Meteorologi Keluar Amaran Cuaca Peringkat Kuning

25views

KUALA LUMPUR, 16 Dis — Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca waspada peringkat kuning dengan hujan lebat dijangka di beberapa negeri hingga Sabtu ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan negeri terbabit ialah Kelantan dan Terengganu, bermula hari ini hingga Jumaat ini.

Kenyataan itu turut memberitahu hujan lebat dijangka di Pahang (Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin) dan Johor (Mersing dan Kota Tinggi), bermula esok hingga Jumaat ini.

Sementara itu, amaran cuaca waspada turut dikeluarkan di Sabah iaitu di daerah Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat bermula Jumaat hingga Sabtu.

“Angin kencang Timur Laut berkelajuan 40 hingga 50km/jam dengan ombak mencapai 3.5 meter boleh berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur dan Sabah dalam tempoh itu.

“Keadaan ini boleh mendatangkan risiko limpahan air laut di pesisir pantai dan muara sungai kawasan terbabit,” menurut kenyataan jabatan itu.

Source Link