info@rakyat.my
Sunday, June 20, 2021
Berita

Jabatan Meteorologi Keluarkan Amaran Tentang Ribut Etau

71views

KUALA LUMPUR, 9 Nov — Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan nasihat mengenai kehadiran¬†ribut tropika Etau yang boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan.

Dalam kenyataan hari ini, MetMalaysia memaklumkan jarak dari bandar terdekat dengan kedudukan ribut itu kira-kira 851 kilometer (km) ke Barat Laut dari Kudat, Sabah.

“Berdasarkan pencerapan pada 5 petang ini, kedudukan ribut tropika itu berada kira-kira 618 km ke Timur Laut dari Ho Chi Minh City, Vietnam dan bergerak ke arah Barat dengan kelajuan 25 kilometer sejam (km/j).

“Kelajuan angin ribut tropika Etau itu boleh mencapai kelajuan maksimum sehingga 83 km/j,” menurut kenyataan itu.

— BERNAMA

Source Link