info@rakyat.my
Wednesday, June 16, 2021
Berita

Jaga Diri, Sama-Samalah Prihatin Dengan Masyarakat Setempat – Ahmad Zahid

63views

KUALA LUMPUR, 9 Jun – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengajak rakyat untuk sama-sama menjaga diri dan juga mengambil peduli tentang ahli masyarakat sekeliling dengan senario semasa negara yang berdepan pandemik COVID-19 hari ini.

Sambil menyatakan perasaan perasaan sedih dan simpati kisah kematian pasangan suami isteri di Pasir Gudang, Johor ini, beliau menambah senario tersebut mengajak semua untuk sama-sama mengambil tahu dan sebagainya.

“Suratan takdir kedua-dua warga emas itu ditemui mati di ruang tamu kediaman mereka. Kedua-duanya dipercayai telah meninggal dunia 48 jam sebelum mayat ditemui.

“Mayat si isteri disahkan positif Covid-19, manakala suami disahkan mengidap sakit kronik. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan yang soleh.

“Iktibar yang harus direnungi betapa penting untuk kita terus menjaga sesama kita dalam keadaan COVID-19. Betapa penting untuk terus mengambil peduli tentang keadaan anggota masyarakat sekeliling. Walau dalam keadaan pandemik yang membimbangkan untuk menjenguk rakan dan jiran,” katanya menerusi catatan di Facebook, di sini, hari ini.

Tambah beliau lagi, konsep bantu-membantu perlu terus ditekankan atas semangat kebersamaan.

“Gunakan sehabis baik medium komunikasi sedia ada untuk saling bertanya khabar kepada ahli keluarga dan sahabat handai. Kepada rakan-rakan di media sosial sekalian, hubungilah ibu bapa dan ahli keluarga masing-masing seberapa kerap yang mungkin.

“Semoga Allah menempatkan Allahyarham Pak Bakar dan Allahyarhamah Mak Besah di kalangan hambanya yang beriman, beramal soleh dan bersama para-para syuhada, Al-Fatihah,” tambahnya. – UMNO Online

Source link