info@rakyat.my
Wednesday, June 16, 2021
Berita

Jangan Buka Pintu Belakang – Azhari Shaari

54views

KUALA LUMPUR, 5 Jun – Ketua UMNO Bahagian Shah Alam Datuk Azhari Shaari berharap semua pemimpin Kerajaan fokus dengan peranan masing-masing bagi memastikan pandemik COVID-19 dapat dikekang sepanjang dua minggu ini.

Jelasnya, COVID-19 sudah mengorbankan hampir tiga ribu lebih mangsa, kes pun menghampiri setengah juta.

“Mengapa dipertaruhkan nyawa rakyat semata-mata untuk memastikan aktiviti ekonomi terus menjana keuntungan.

“Sedangkan anggota barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang kepenatan di hospital dan PKRC.

“Pastikan lockdown penuh kali ini berjaya. Cukuplah… jangan buka pintu belakang itu lagi,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Tambah beliau lagi,lupakan soal kisah panas minggu ini berkaitan pintu depan yang ditutup pintu lain yang dibuka

“Kita lupakan sejenak isu tersebut dan memikirkan jika benar ‘pintu belakang’ masih terbuka untuk lebih 128,159 syarikat  beroperasi hingga 1.57 juta orang dibenarkan bekerja apa akan jadi dengan situasi lockdown penuh untuk menyekat pandemik COVID-19.

“Ada yang mempersoalkan adakah lockdown kali ini penuh, setengah masak atau tiga suku masak.

“Kata pujangga Melayu, ‘tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata’. Kias ibarat ‘tiada angin masakan pokok bergoyang’,” ujarnya lagi. – UMNO Online