Berita

Jangan Kelirukan Rakyat Tentang Isu Vaksinasi – Lattefah Ali

239views

KUALA LUMPUR, 24 Mei – Kerajaan perlu memandang serius kebimbangan masyarakat terhadap penggunaan vaksin jenis AstraZeneca dalam Program Imuninasi COVID-19 Kebangsaan, tegas Ketua Wanita UMNO Negeri Sembilan, Lattefah Ali.

Katanya, ianya perlu mengambil kira keraguan orang ramai terhadap keselamatan dan keberkesanan penggunaan vaksin jenis AstraZeneca.

Jelas beliau, semakin hari rakyat semakin keliru apabila tularnya perkara-perkara yang negatif mengenai vaksin Astra Zeneca yang sering diperkatakan.

“Semakin hari  rakyat keliru dan pihak berwajib tidak boleh berdiam diri apabila terdapatnya perkara negatif berkaitan isu vaksinasi ini terutamanya warga emas dan orang awam yang sudah mengambil vaksin AstraZeneca.

“Sekarang ini hebat diperkatakan vaksin AstraZeneca akan membawa kemudaratan kepada penerima selepas atau enam bulan menerimanya dan sewajarnya pihak KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) wajar menyatakan simpton kepada penerima vaksin tersebut,” katanya kepada UMNO Online, hari ini.

Tambah beliau lagi, sewajarnya kenyataan seperti ini dibuat secara umum dan bukan hanya menyebut satu nama vaksin sahaja kerana rakyat sudah mula runsing dan meragui keberkesanan  vaksin Astra Zeneca ini.

“Saya mencadangkan agar pihak berwajib bertindak untuk memperbetulkan kenyataan yang telah diviralkan. Masyarakat marhein di bawah sana tidak ada pilihan untuk membuat pilihan dan mereka akan menerina apa jua vaksin yang diberikan kepada mereka dan rakyat tidak mampu untuk menolaknya.

“Oleh demikian pihak KKM dapat memberikan jawapan yang jelas dan dapat meredakan hati rakyat untuk menerima vaksin dengan hati yang tenang serta berkeyakinan. Saya berharap agar pihak berwajib dapat mengawal viral yang negatif mengenai vaksin ini dengan kadar segera,” ujarnya lagi.

Seterusnya tambah beliau lagi, wabak COVID- 19 ini sudah cukup menyiksakan semua rakyat apatah lagi ditambah dengan isu vaksinisasi.

“Saya mohon pihak kerajaan lebih teliti dan membantu meredakan isu vaksin ini dengan maklum balas yang tepat dan mudah difahami,” tegasnya lagi – UMNO Online