BeritaPertahananPilihan Pengarang

JaPEN Kelantan Bantu 2,000 Penduduk Daftar Sebagai Penerima Vaksin

83views

KOTA BHARU, 10 Mei — Jabatan Penerangan (Japen) Kelantan telah membantu 2,000 penduduk di negeri ini untuk mendaftar sebagai penerima suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Pengarahnya Azahar Ismail berkata pendaftaran itu khususnya melibatkan warga emas selain masyarakat di kawasan pedalaman antaranya Jeli, Gua Musang dan Dabong.

Pendaftaran itu dilakukan menerusi aplikasi MySejahtera dan secara dalam talian di laman sesawang pendaftaran vaksin serta secara manual iaitu dengan menggunakan borang yang diperoleh dari Pejabat Kesihatan Daerah.

“Pendaftaran ini dilakukan ketika kami melakukan hebahan Info On Wheel (IOW) iaitu mengenai kesedaran membendung penularan wabak COVID-19 di samping membantu masyarakat untuk mendaftar diri sebagai penerima vaksin COVID-19,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

“Hebahan IOW melalui pembesar suara yang dilaksanakan sekurang-kurangnya sebanyak 50 hebahan setiap hari menerusi Kenderaan Unit Bergerak Jabatan dan setiap hebahan kita menyasarkan antara 40 hingga 50 orang untuk mendaftar diri sebagai penerima vaksin,” katanya.

— BERNAMA

Source link