info@rakyat.my
Wednesday, June 16, 2021
Berita

Jenazah Ungku Aziz Selamat Dikebumikan

100views

KUALA LUMPUR, 15 Dis — Jenazah Allahyarham Prof Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, di sini, malam ini.

Jenazah Allahyarham tiba di tanah perkuburan kira-kira jam 9.30 malam sebaik solat jenazah selesai dilaksanakan di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail (TTDI) dekat sini.

Kira-kira 40 orang terdiri daripada kalangan ahli keluarga, rakan dan kenalan hadir di tanah perkuburan bagi memberi penghormatan terakhir.

Bacaan doa dan talkin dipimpin lmam Masjid At-Taqwa, Ahmad Saufi Mustaffa selesai pada jam 10 malam.