Home Berita JKKN anjur Festival Kesenian Rakyat Kelate tiga hari bermula Khamis

JKKN anjur Festival Kesenian Rakyat Kelate tiga hari bermula Khamis

27
0

KOTA BHARU, 15 Jun (Bernama) — Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Kelantan akan menganjurkan Festival Kesenian Rakyat Kelate (FKRK) 2022 di Pantai Geting, Tumpat, selama tiga hari mulai esok.

JKKN dalam kenyataan hari ini berkata FKRK 2022 kembali menemui masyarakat Kelantan khasnya, serta pengunjung luar Kelantan, setelah tidak dapat dilaksanakan pada 2020 akibat penularan wabak COVID-19, dan dianjurkan secara dalam talian tahun lepas.

“Pelbagai pengisian dan program menarik menanti pengunjung antaranya pertandingan Battle Of The Bands, mewarna dan pertandingan Akhir Dikir Barat FKRK serta pelbagai permainan tradisional dan sukan rakyat,” menurut kenyataan itu.

JKKN berkata selain itu pelbagai persembahan seni, pameran dan gerai jualan serta program interaktif juga diadakan sepanjang tiga hari festival itu berlangsung.

“Pada malam Gala FKRK 2022 (18 Jun) akan diadakan persembahan apresiasi gendang Kelantan yang menggabungkan alatan muzik tradisional seperti Rebana Ubi, Gendang Panjang Siam, Rebana Kercing dan Rebana Mangkuk iaitu sejenis alat gendang yang diperbuat daripada mangkuk getah, dan kesenian rebana mangkuk ini hanya terdapat di Tanah Merah,” menurut kenyataan itu.

BERNAMA

Facebook Comments Box
Previous articleFasa Peralihan Endemik Tiup Nafas Baharu Industri Pelancongan Kesihatan
Next articleTeknologi 5G asas kepada revolusi sektor pendidikan digital negara
Sistem Automasi Berita