John Carmack Meninggalkan Meta Kerana Kecewa Dengan Perkembangan VR

John Carmack mengumumkan beliau telah meletakkan jawatan daripada Meta di mana beliau memegang peranan sebagai penasihat eksekutif realiti maya. Sebelum ini beliau memegang jawatan sebagai CTO Oculus sebelum perniagaan dibeli oleh Meta dan beliau turut terlibat dalam pembangunan permainan video tiga dimensi terawal Wolfenstein 3D.

Menurut Carmack beliau meletakkan jawatan kerana kecewa dengan perkembangan perkakasan VR di Meta. Produk yang telah dibangunkan tidak memenuhi visi beliau dan tidak mencapai tahap yang disasarkan. Tambah Carmack lagi pasukan yang membangunkan produk VR/AR di Meta tidak beroperasi pada kecekapan yang tinggi.

Selepas meletakkan jawatan beliau akan memberikan tumpuan kepada syarikat tunas rintas peribadi. Walaupun kecewa dengan pengalaman beliau di Meta, Carmack masih percaya mereka masih merupakan syarikat di tempat terbaik untuk membolehkan VR menawarkan nilai kepada penduduk dunia.

Sumber

Facebook Comments Box

Artikel Berkaitan

Back to top button