info@rakyat.my
Sunday, June 20, 2021
Berita

JPJ Terengganu lelong 47 kenderaan sita

117views

KUALA TERENGGANU, 3 Nov — Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu memperoleh RM369,100 hasil jualan 47 kenderaan pelbagai jenis melalui Majlis Lelongan Awam Kenderaan Sita yang diadakan di sini hari ini.

Pengarah JPJ Terengganu Zulkarnain Yasin berkata lelongan itu melibatkan 16 kereta, 28 motosikal, dua van dan sebuah lori yang mana 38 daripada kenderaan itu boleh dilesenkan semula.

Setakat Oktober lepas, sebanyak 505 kenderaan disita oleh JPJ negeri itu dengan 267 daripadanya  adalah kenderaan klon, katanya kepada pemberita selepas tamat sesi lelongan di sini hari ini.

Zulkarnain berkata sejak 2016, pihaknya telah mengadakan lapan siri lelongan awam melibatkan 257 kenderaan pelbagai jenis dengan jualan sebanyak RM1.32 juta.

— BERNAMA

Source link