Berita

Jumlah Kes COVID-19 Di Malaysia Kini Sudah Melebihi Setengah Juta

191views

Dalam kenyataannya, Dr Noor Hisham berkata Selangor masih mencatatkan kes harian tertinggi dengan 1,647 kes diikuti Sarawak (749), Kuala Lumpur (654), Kelantan (613), Johor (477), Negeri Sembilan (396), Pulau Pinang (359) dan Kedah (301).

Sementara itu, Perak mencatatkan sejumlah 276 kes diikuti Pahang (227), Sabah (189), Terengganu (185), Melaka (175), Labuan (36) serta masing-masing 18 kes di Perlis dan Putrajaya.

Mengenai 17 kluster baharu yang dikesan, ia melibatkan tujuh kluster di tempat kerja, tujuh kluster komuniti, dua kluster keagamaan dan satu kluster kumpulan berisiko.

Kluster tempat kerja melibatkan Kluster Jalan Cemerlang Empat di Selangor; Kluster Jalan Laman Setia Tujuh (Johor); Kluster Jalan Pantai Port Dickson (Negeri Sembilan); Kluster Industri Nibong Tebal (Pulau Pinang); Kluster Sungai Batu dan Kluster Jalan Bypass Kuantan (Pahang) serta Kluster Industri Batu Berendam di Melaka.

Bagi kluster komuniti pula ialah Kluster Taman Kesang Indah (Melaka dan Johor); Kluster Kepulauan Tumpat dan Kluster Kampung Bakong Kecil (Kelantan); Kluster Redong Satu (Johor); Kluster Abaka dan Kluster Indani (Sabah) serta Kluster Melikai (Sabah dan Labuan).

Kluster keagamaan pula melibatkan Kluster Lembah Keramat (Kuala Lumpur) dan Kluster Kampung Gau (Pahang) manakala kluster berisiko tinggi ialah Kluster Taman Sungai Jelok, Selangor.- BERNAMA

 

 

Source link