Sabtu, Jun 25, 2022
HomeBeritaJumlah mangsa banjir di Gurun meningkat kepada 541 setakat 9 malam Khamis

Jumlah mangsa banjir di Gurun meningkat kepada 541 setakat 9 malam Khamis

ALOR SETAR, 2 Jun (Bernama) — Jumlah mangsa banjir di Gurun meningkat kepada 541 orang daripada 137 keluarga setakat pukul 9 malam ini berbanding 426 mangsa daripada 111 keluarga pada sebelah petang tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda Kapt (PA) Azahar Ahmad berkata kesemua mangsa ditempatkan di dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) iaitu Surau Kampung Sungai Bongkok dan Masjid Pekan Gurun.

“Di PPS Surau Kampung Sungai Bongkok terdapat 70 keluarga terdiri daripada 291 mangsa manakala seramai 250 mangsa daripada 67 keluarga ditempatkan di PPS Masjid Pekan Gurun,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Sebanyak tujuh kawasan terjejas akibat banjir yang berlaku kira-kira pukul 4 pagi tadi selepas hujan lebat berterusan melebihi tiga jam.

Kawasan terlibat ialah Kampung Sungai Ibor, Kampung Belakang Mahkamah Gurun, Kampung Jelatang, Kampung Batu 5, Kampung Sungai Badak, Kampung Sungai Bongkok dan Taman Gurun Jaya.

BERNAMA

Facebook Comments Box
Berkaitan

Popular