info@rakyat.my
Thursday, June 17, 2021
Berita

Jumlah Mangsa Banjir Di Jasin Kekal 69 Orang

76views

MELAKA, 18 Okt — Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di Jasin, dekat sini, kekal 69 orang daripada 19 keluarga setakat 8 pagi ini.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka Lt Kol (PA) Effendy Ali berkata kesemua mangsa terlibat dipindahkan dari Kampung Lubuk Kasau, Hulu Duyung, Jasin Bestari, Bemban, Kampung Tehel, Tanjung Laboh dan Kampung Parit Lampong.

“Mangsa yang terdiri daripada 27 lelaki dan 42 perempuan itu masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Tehel, Jasin.

“Keadaan cuaca di seluruh negeri dilaporkan cerah setakat ini,” kata Effendy, yang juga Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri dalam kenyataan di sini, hari ini.

Semalam, Bernama melaporkan PPS SK Tehel mula dibuka pada 4.30 petang berikutan limpahan air Sungai Ayer Panas selepas hujan lebat berterusan sejak semalam.

— BERNAMA

Source link