Uncategorized

Kanak-kanak perempuan cedera digigit kera

SEREMBAN, 21 Sept — Seorang kanak-kanak perempuan berusia 21 bulan cedera selepas digigit seekor kera di halaman rumahnya di Taman Dusun Nyior, di sini, pagi tadi.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan Wan Mat Wan Harun berkata kejadian berlaku pukul 8.40 pagi ketika kanak-kanak itu berada di halaman rumah apabila dia diserang seekor kera jantan dewasa seberat kira-kira lapan kilogram.

“Kami menerima panggilan daripada seorang wanita yang mendakwa ‘anak buahnya’ diserang seekor kera. Susulan kejadian, kanak-kanak itu mengalami kecederaan di bahagian belakang badan dan kini berada di Hospital Tuanku Ja’afar untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata bertindak atas aduan, anggota Perhilitan telah menembak mati kera berkenaan yang ketika itu dilihat masih berada di atas pokok seberang jalan di hadapan rumah kanak-kanak berkenaan.

— BERNAMA

Source link

Facebook Comments Box

Artikel Berkaitan

Back to top button