Berita

Kaunter BPN 2.0 Wangsa Maju Ditutup Sementara

217views

CYBERJAYA, 12 Okt — Kaunter Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) cawangan Wangsa Maju, Kuala Lumpur ditutup sementara bermula 15 Okt ini bagi memberi laluan kepada operasi perpindahan cawangan ke bangunan baharu.

LHDN dalam kenyataan hari ini berkata penduduk di sekitar Wangsa Maju yang ingin membuat permohonan baharu BPN 2.0 disaran melakukannya secara dalam talian melalui https://bpn.hasil.gov.my/.

Mereka juga boleh hadir di cawangan atau Pusat Khidmat Hasil atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) berhampiran, demikian menurut kenyataan itu.

Sebarang pertanyaan dan maklum balas boleh disalurkan melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000/ 603-8911 1100 (luar negara); HASiL Live Chat; atau borang maklum balas pada pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.

— BERNAMA

Source link