info@rakyat.my
Thursday, June 17, 2021
Berita

Kawasan Projek Pembangunan Rumah Bandar di Kampung Sungai Bangat ditutup

85views

LABUAN, 8 Okt — Pihak berkuasa telah menutup kawasan Projek Pembangunan Perumahan Bandar di Kampung Sungai Bangat di sini, selepas lapan kes positif COVID-19 dikesan hari ini.

“Kami segera menutup tapak pembinaan dan rumah kongsi (di kawasan itu) awal hari ini, meninggalkan 37 pekerja dan ahli keluarga mereka di tempat tinggal mereka di sana,” kata Ketua Polis Labuan Supt Muhamad Farid Ahmad.

“Nasihat kami kepada penduduk yang tinggal dekat dengan lokasi pembinaan dan rumah kongsi adalah untuk kekal tenang dan tidak panik kerana kami telah mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mencegah penularan virus,” katanya kepada Bernama.

Muhamad Farid berkata, operasi sanitasi dilakukan di rumah kongsi terbabit pagi tadi.

Tujuh pekerja dan seorang pelajar yang tinggal di tempat tinggal sementara pekerja pembinaan itu didapati positif dalam saringan COVID-19 pagi ini. Mereka dibawa ke hospital kira-kira pukul 1 pagi tadi.

Beliau berkata anggota polis akan dikerahkan di sana sepanjang masa untuk mengelakkan pekerja berkenaan meninggalkan kawasan itu.

Muhamad Farid berkata, penduduk Taman Mutiara yang terletak berhampiran dengan tapak pembinaan  itu masih boleh bergerak dengan bebas seperti biasa.

Terdapat sekurang-kurangnya 10 rumah satu tingkat yang terletak hanya beberapa meter dari tapak projek.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Kluster Bah Bangat di Labuan adalah antara lima kluster baharu COVID-19 yang dikenal pasti hari ini.

Source link

Leave a Response