Sabtu, Jun 25, 2022
HomeBeritaKebakaran bilik server masih dalam siasatan

Kebakaran bilik server masih dalam siasatan

KUCHING, 30 Mei (Bernama) — Punca kebakaran bilik server di Wisma Bapa Malaysia di sini Khamis lepas masih dalam siasatan, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Katanya sehubungan itu beliau tidak boleh membuat sebarang komen berhubung insiden berkenaan, yang mengakibatkan sistem dalam talian kerajaan negeri mengalami gangguan hujung minggu lepas.

Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Keselamatan Kebakaran sempena sambutan Hari Gawai di ibu pejabat Jabatan Bomba dan Panyelamat Sarawak di sini beliau berkata, kerajaan sentiasa menekankan kepentingan memastikan langkah-langkah keselamatan bagi membendung kebakaran diambil, terutama di bangunan-bangunan kerajaan.

Merujuk kepada kempen hari ini, Uggah berkata ia merupakan salah satu daripada pelbagai usaha gigih yang diambil bagi memastikan insiden kebakaran di Sarawak dapat dikurangkan menerusi penglibatan komuniti setempat.

Beliau berkata antara usaha itu termasuk pengenalan Pasukan Tindakan Kecemasan Komuniti (CERT) pada tahun 2015 yang memberi latihan kepada penduduk di lebih 3,000 kampung di Sarawak, bukan sahaja mengenai peranan semasa insiden kebakaran, malah dalam pelbagai insiden bencana yang lain.

BERNAMA

Facebook Comments Box
Berkaitan

Popular