Berita

Kebenaran Rentas Negeri Perlu Ditangguh Hingga Warga Emas Divaksin

119views

KUALA LUMPUR, 22 Mac — Kebenaran rentas negeri perlu ditangguhkan hingga majoriti kumpulan rentan khususnya warga emas diberikan vaksin COVID-19 terlebih dahulu.

Pakar epidemiologi dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Malina Osman, berkata Kementerian Kesihatan (KKM) perlu mengambil kira faktor vaksinasi di samping enam indikator yang diguna pakai kementerian itu ketika ini dalam membuat penilaian risiko.