Berita

Kecewa Dengan Kepimpinan Anwar Antara Sebab MP PKR Sertai PN

148views

KUALA LUMPUR, 14 Mac — Tuduhan Perikatan Nasional (PN) menggunakan sogokan dan intimidasi untuk meraih sokongan Ahli Parlimen daripada Pakatan Harapan (PH) disifatkan tidak berasas.

Sebaliknya, 10 bekas Ahli Parlimen PKR yang kini menyertai PN dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan, tuduhan sedemikian dilihat satu serangan terhadap integriti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis.

“Kami memandang serius tuduhan menghasut secara terang-terang ini yang boleh menjejaskan kredibiliti institusi penguatkuasaan dan meminta tindakan undang-undang segera terhadap mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin; Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Saifuddin Abdullah; Ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Mohd Rashid Hasnon dan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Kamarudin Jaffar