Berita

Kegiatan Seludup Serai Tumpas

70views

PADANG BESAR, 8 Okt — Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Perlis mematahkan cubaan menyeludup 280 kilogram (kg) serai dianggarkan bernilai RM1,000 di Unit Kargo, Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar, Isnin lepas.

Pengarah MAQIS Perlis Mohamad Arshad Raffin dalam satu kenyataan hari ini berkata serai berkenaan dibawa masuk menggunakan kenderaan pacuan empat roda dan hasil pemeriksaan mendapati tidak mempunyai permit import yang dikeluarkan oleh MAQIS.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi enam tahun jika sabit kesalahan.

Mohamad Arshad menegaskan bahawa MAQIS sentiasa komited untuk memastikan hasil pertanian yang dibawa masuk ke negara ini mematuhi terma dan syarat ditetapkan.

— BERNAMA

Source link

Leave a Response