info@rakyat.my
Friday, June 18, 2021
Berita

Kelantan Peruntuk RM2.7 Juta Bantu Rakyat

63views

KOTA BHARU, 2 Jun  — Kerajaan Kelantan hari ini mengumumkan Pakej Bantuan Cakna Rakyat COVID-19 dengan memperuntukkan RM2.7 juta sebagai insentif bantuan kepada golongan terkesan COVID-19 di negeri itu dalam tempoh pelaksanaan sekatan pergerakan penuh.

Menteri Besarnya Datuk Ahmad Yakob berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM60,000 akan diselaraskan kepada 45 Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kelantan.

“Bayaran cukai tanah semasa yang berakhir 30 Jun akan dilanjutkan kepada 31 Ogos ini. Denda lewat cukai tanah hanya akan dikenakan bermula 1 Sept ini,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Sebagai tanda sokongan dalam usaha menangani COVID-19, Ahmad berkata beliau, Exco kerajaan negeri dan Ahli DUN, masing-masing menyumbangkan RM15,000, RM10,000 dan RM3,000 yang akan disalurkan kepada Tabung Amanah Kebajikan Darul Naim.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru seluruh rakyat Kelantan untuk segera mendaftar dan mengambil suntikan vaksin COVID-19.

“Marilah kita terus berdoa agar petugas barisan hadapan diberi kekuatan dan ketabahan oleh Allah S.W.T atas usaha dan pergorbanan dalam menjalankan tugas yang sangat mulia ini,” tambahnya.

Source link