info@rakyat.my
Thursday, June 17, 2021
Berita

Kelestarian Dan Teknologi Hijau Antara Tumpuan Belanjawan 2021 – Muhyiddin

52views

KUALA LUMPUR, 19 Okt — Agenda kelestarian akan menjadi antara tumpuan khusus dalam Belanjawan 2021 dengan pengumuman penting mengenainya akan dibuat pada 6 Nov ini, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menyifatkan pandemik COVID-19 sebagai suatu kesedaran kepada dunia, Muhyiddin berkata Malaysia, seperti negara-negara lain, perlu memikirkan kembali agenda pembangunannya terutama mengenai kelestarian dan teknologi hijau, yang memainkan peranan penting dalam memacu ekonomi .

Beliau mengakui adalah sukar untuk menemui sesuatu yang positif di dalam situasi COVID-19 ini, namun sebagai seorang optimis, perdana menteri berkata beliau yakin ada sinar harapan.

“Sekatan di seluruh dunia membuat kita merenung, membuat kita berfikir dan kita mula menyedari bahawa kita perlu mengubah cara kita. Kita perlu memikirkan semula hubungan kita dengan planet ini dan kita perlu membina semula dengan lebih baik. Oleh kerana kita semua berada di rumah, kita juga menyedari bahawa kualiti udara lebih baik dan bumi boleh kembali pulih.

“Bagaimanapun, ini tidak lama kerana kita kembali kepada cara lama kita apabila sekatan tidak lagi dilaksanakan. Pengajarannya ialah ia menjanjikan jalan pemulihan alam ketika kita menghadapi wabak ini, ” katanya dalam ucapan sebelum merasmikan Persidangan dan Pameran Teknologi Hijau dan Produk Eko Antarabangsa 2020 (IGEM 2020) yang diadakan secara maya, hari ini.

Source link