info@rakyat.my
Monday, June 21, 2021
Berita

Keputusan SPMU diumum Isnin

80views

KUALA LUMPUR, 13 Okt  — Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) bagi tahun ini akan dikeluarkan pada Isnin depan (19 Okt).

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan calon akan memperoleh keputusan melalui pos atau boleh mendapatkan slip keputusan di Jabatan Pendidikan Negeri tempat calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan.

“Semakan keputusan itu juga boleh dilakukan menggunakan perkhidmatan mySMS 15888 dengan menaip SPMUNoKPAngkaGiliran dan SMS ke 15888.

“Perkhidmatan ini akan diaktifkan pada 10 pagi (19 Okt) dan akan ditamatkan pada 6 petang (26 Okt),” menurut kenyataan itu.

KPM memaklumkan semakan keputusan juga boleh dilakukan melalui portal Lembaga Peperiksaan di http://sppat.moe.gov.my/semakan/.

Seramai 6,301 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPMU tahun ini di 193 pusat peperiksaan seluruh negara dan sejumlah 1,445 petugas dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar.

Tiga mata pelajaran yang ditawarkan dalam peperiksaan SPMU ialah Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik.

— BERNAMA

 

Source link