info@rakyat.my
Sunday, June 20, 2021
Berita

Keracunan Alkohol : 45 Maut, 30 Ditahan

78views

ISTANBUL, 15 Okt — Polis menyerbu gudang di seluruh Turki pada Rabu selepas puluhan nyawa terkorban dalam tempoh kurang seminggu disyaki akibat keracunan alkohol.

Menurut media tempatan, 45 mangsa maut sejak enam hari lalu.

Hasil serbuan di dua bandar terbesar Turki, Istanbul dan Izmir, polis berjaya menahan 30 suspek.

Serbuan juga turut menyita lebih 16,000 liter alkohol dan hampir 3,000 botol minuman keras.

Turki telah menyaksikan lonjakan pengambilan minuman keras yang tidak munasabah dalam beberapa tahun terakhir, didorong oleh kenaikan harga alkohol.

Kes keracunan alkohol juga meningkat di negara itu apabila semakin ramai individu mengambil minuman keras.

Pada Mac, lebih 20 warga Turkmenistan terbunuh akibat keracunan alkohol isopropil di Istanbul.

Source Link