info@rakyat.my
Monday, June 21, 2021
Berita

Kerajaan Akan Bayar Pampasan Tanah Yang Diambil Ikut Harga Pasaran

25views

KOTA KINABALU, 4 Dis — Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah I Datuk James Ratib berkata bayaran pampasan untuk tanah yang digunakan bagi Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Tawau dan Sungai Lembangan Tawau untuk fasa satu akan dibayar mengikut struktur dan nilai pasaran yang ditetapkan.

Beliau berkata kerajaan tidak akan sewenang-wenangnya mengambil tanah rakyat dan pemilik tanah perlu diberikan pampasan dengan nilai yang munasabah.

“Pembayaran pampasan tanah adalah mengikut undang-undang yang kita ada dan tidak ada undang-undang yang boleh memperuntukkan pengambilan tanah atau penggunaan harta secara paksa tanpa pampasan yang setimpal,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata setakat ini, projek berkenaan mempunyai kekangan disebabkan kerja-kerja pengambilan tanah belum lagi dapat diselesaikan sepenuhnya.

“Kementerian melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sedang mencari jalan yang terbaik untuk mempercepatkan proses pengambilan tanah.

“Saya juga difahamkan hasil perbincangan baru-baru ini, pemilik tanah juga bersetuju menerima pampasan yang ditawarkan oleh kerajaan,” katanya.

James berkata projek RTB berkenaan merupakan usaha bagi mengurangkan risiko banjir di daerah Tawau.

— BERNAMA

Source link