BeritaEkonomiSains dan Teknologi

Kerajaan akan umum pelaburan seperti pusat data Microsoft tidak lama lagi

KUALA LUMPUR, 2 Sept  — Kerajaan bakal mengumumkan pelaburan yang sama seperti pelaburan pusat data Microsoft Corporation bernilai US$1 bilion data dalam tempoh terdekat, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Microsoft pada April tahun ini mengumumkan ia akan melabur sebanyak US$1 bilion di negara ini bagi tempoh lima tahun akan datang sebagai sebahagian daripada perkongsian baharu dengan agensi kerajaan dan syarikat tempatan.

“Kami percaya, dan saya tahu pada hakikatnya bahawa, lebih banyak pemain global sedang memuktamadkan pelaburan yang sama di Malaysia, yang kami akan umumkan tidak lama lagi di bawah inisiatif MyDIGITAL,” katanya.

Tengku Zafrul berkata demikian semasa temu bual secara maya dengan The Straits Times Singapura bertajuk “Beyond the Pandemic: Malaysia’s Way Forward” hari ini.

Beliau berkata, malaysia yakin dapat menarik lebih banyak pemain global untuk membuka pusat data di negara ini pada masa hadapan.

Mengenai is kabotaj yang mana Facebook dan Google dilaporkan mengumumkan kabel dasar laut baharu mereka tidak akan melibatkan Malaysia, Tengku Zafrul berkata dasar kabotaj Malaysia ketika ini mencukupi dalam memastikan kedaulatannya.

“Saya percaya terdapat pertimbangan geopolitik…berhubung penyambungan kabel dasar laut, saya tidak boleh mengulas lanjut, tetapi dasar kabotaj Malaysia ketika ini mencukupi dalam memastikan kedaulatan kami,” katanya.

— BERNAMA

Source link

Facebook Comments Box

Artikel Berkaitan

Back to top button