BeritaDunia

Kerajaan Baharu Afghanistan Akan Berfungsi Dalam Masa Terdekat

KABUL, 8 Sept — Pemimpin Tertinggi Taliban Hibatullah Akhundzada pada Selasa berkata kerajaan sementara Taliban yang baharu dibentuk bakal berfungsi tidak lama lagi, lapor Xinhua.

“Memandangkan kerajaan sementara dan Kabinet telah diumumkan pihak berkuasa Islamic Emirate, ia akan mulai berfungsi secepat mungkin untuk mengawal dan menjalankan urusan negara.

“Saya meyakinkan semua rakyat bahawa kami akan bekerja keras untuk mematuhi peraturan Islam dan undang-undang Syariah,” kata Akhundzada dalam satu kenyataan.

Ini adalah kenyataan pertama dikeluarkan pemimpin tertinggi Taliban sejak kumpulan itu mengambil alih Kabul pada pertengahan Ogos.

“Kami mahukan kedamaian dan kemakmuran di Afghanistan dan negara yang tidak bergantung kepada orang lain. Kami akan berusaha untuk menghapuskan semua penyebab peperangan dan perselisihan di negara ini dan rakyat hidup aman serta damai,” katanya.

Kenyataan itu dikeluarkan pada Selasa ketika jurucakap Taliban Zabihullah Mujahid mengumumkan barisan pemerintahan baharu, menyaksikan Mullah Hassan Akhund dilantik sebagai pemangku perdana menteri.

— BERNAMA

Source link

Facebook Comments Box

Artikel Berkaitan

Back to top button