Kerajaan Dijangka Umum “Berita Baik” Berkaitan Caj Internet Dan Telefon Menjelang Hari Natal – Amanz

Kementerian Komunikasi dan Digital sebelum ini telah berkongsi mengatakan akan berusaha untuk mengurangkan caj yang dikenakan untuk perkhidmatan telekomunikasi dalam beberapa minggu lagi.

Selari dengannya, kini ia turut dikongsikan Kementerian Komunikasi dan Digital akan umum berita baik berkaitan telekomunikasi dalam membantu impak kos sara hidup khususnya untuk golongan B40 dan M40. Pengumuman dijangka akan dilakukan menjelang Hari Natal atau Krismas ini.

Ia dikatakan akan meliputi beberapa perkara, termasuk dari segi kos dan juga mutu perkhidmatan.

Dengan perkongsian baharu ini, sama-sama kita nantikan bagaimanakah dan berapakah harga yang akan diturunkan untuk mengakses perkhidmatan internet sama ada jalur lebar atau secara mudah-alih.

Sumber

Facebook Comments Box

Artikel Berkaitan

Back to top button