Sabtu, Jun 25, 2022
HomeBeritaKerajaan mungkin perkenalkan mekanisme bahan api bersasar

Kerajaan mungkin perkenalkan mekanisme bahan api bersasar

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) — Kerajaan berkemungkinan memperkenalkan mekanisme bahan api yang disasarkan untuk mengurangkan kesan kenaikan harga minyak mentah, terutamanya bagi golongan berpendapatan rendah, kata Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata kerajaan masih mengusahakan struktur yang sesuai berikutan lonjakan ketara dalam unjuran subsidi bahan api untuk 2022 kepada RM28 bilion, berbanding RM11 bilion pada 2021.

“Kami bercakap tentang semakan itu dalam pemukiman (retreat) khas baru-baru ini.

“Mereka yang mempunyai BMW tidak boleh menikmati subsidi yang sama seperti mereka yang mempunyai Kancil,” katanya semasa sidang akhbar mengenai Misi Perdagangan dan Pelaburan ke Amerika Syarikat hari ini.

Bulan lepas, Petronas Dagangan Bhd memaklumkan ia telah bekerjasama rapat dengan Kementerian Kewangan berhubung mekanisme subsidi bahan api berikutan peningkatan harga minyak mentah di peringkat global.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed juga berkata kerajaan masih mengusahakan struktur yang sesuai untuk mekanisme bahan api yang disasarkan, yang dijangka siap tidak lama lagi.

Sumber

Facebook Comments Box
Berkaitan

Popular