info@rakyat.my
Thursday, June 17, 2021
Berita

Kerajaan Sabah mohon PKPB seluruh negeri dilanjutkan

127views

KOTA KINABALU, 23 Okt  — Kerajaan negeri Sabah telah memohon kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) agar Perintah Kawalan Bersyarat (PKPB) di seluruh negeri itu yang dijadualkan tamat Isnin ini, dilanjutkan.

Bercakap pada sidang media di sini malam ini, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun berkata kerajaan negeri berpandangan pelanjutan itu penting memandangkan kes COVID-19 di Sabah masih tinggi.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini dilaporkan berkata Sabah kekal mencatat kes tertinggi COVID-19 iaitu 528 kes daripada keseluruhan 710 kes di seluruh negara.

Pada 12 Okt lepas, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan seluruh Sabah dikenakan PKPB bermula 13 hingga 26 Okt.

Sementara itu, Masidi yang juga Menteri Kewangan II Sabah berkata setakat ini terdapat 12,720 ujian COVID-19 yang keputusannya masih belum diterima.

Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan negeri telah menyalurkan sejumlah RM26.7 juta untuk pemberian bantuan bakul makanan kepada penduduk yang berkenaan.

 “Bantuan bakul makanan diberikan kepada penduduk di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan dan dikenakan perintah kuarantin kendiri. Hingga 2 petang tadi, sebanyak 72,823 bakul makanan telah diagihkan,” katanya.

— BERNAMA

Source link