info@rakyat.my
Sunday, June 20, 2021
Berita

Kerajaan Telah Keluarkan Senarai Agensi Pelancongan Yang Dibenarkan Beroperasi

55views

KUALA LUMPUR, 8 Mac — Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya menyenaraikan premis seni, budaya dan warisan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP) yang dibenarkan beroperasi.

Kementerian itu menerusi kenyataan memaklumkan premis terbabit termasuk muzium, perpustakaan, galeri seni, pusat atau kampung seni warisan budaya serta persembahan budaya akan beroperasi mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

MKN sebelum ini menetapkan aktiviti dan premis pelancongan di kawasan PKPB dibenarkan beroperasi dengan 50 peratus kapasiti premis dan mematuhi penjarakan fizikal, serta mewajibkan pemakaian pelitup muka, manakala di kawasan PKPP sekurang-kurangnya mematuhi penjarakan fizikal.

Berikut senarai premis seni, budaya dan warisan yang akan beroperasi mengikut agensi:

1. Jabatan Muzium Malaysia

– Muzium Negara, Kuala Lumpur

– Muzium Tekstil Negara, Kuala Lumpur

– Muzium Etnologi Dunia Melayu, Kuala Lumpur

– Muzium Seni Kraf Orang Asli, Kuala Lumpur

– Muzium Automobil Nasional, Selangor

– Muzium Perak, Perak

– Muzium Matang, Perak

– Muzium Adat, Negeri Sembilan

– Muzium Lukut, Negeri Sembilan

– Muzium Seni Bina Malaysia, Melaka

– Muzium Kota Johor Lama, Johor

– Muzium Sungai Lembing, Pahang

– Muzium Kota Kayang, Perlis

– Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Kedah

– Muzium Kota Kuala Kedah, Kedah

– Muzium Chimney, Labuan

– Muzium Labuan, Labuan

– Muzium Marin, Labuan

2.Perpustakaan Negara Malaysia, Perpustakaan Komuniti dan Perpustakaan Kanak-Kanak

3.Jabatan Warisan Negara

– Galeri Melayu Pulau Pinang, Pulau Pinang

– Galeri Arkeologi Lembah Lenggong, Perak

4. Arkib Negara Malaysia

– Memorial Pengisytiharaan Kemerdekaan, Melaka

– Memorial Tun Ghafar Baba, Melaka

5. Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia

– Kompleks Kraf Kuala Lumpur

– Kompleks Kraf Johor

– Kompleks Kraf Langkawi

– Kompleks Kraf Melaka

Maklumat lanjut tarikh dan waktu operasi serta SOP terperinci ke premis yang berkaitan, boleh melayari laman sesawang serta media sosial kementerian serta jabatan dan agensi terbabit.

— BERNAMA

Source Link