Sabtu, Jun 25, 2022
HomeBeritaKerja baik pulih menara komunikasi terbakar di Serting Tengah masih dilaksana

Kerja baik pulih menara komunikasi terbakar di Serting Tengah masih dilaksana

KUALA LUMPUR, 3 Jun (Bernama) — Kerja baik pulih menara komunikasi di Bukit Bunga, Serting Tengah di Negeri Sembilan yang musnah dalam kebakaran pada Sabtu lepas masih dilaksana, demikian menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC).

MCMC dalam kenyataan memaklumkan semua penyedia perkhidmatan komunikasi di menara itu telah mengaktifkan Kenderaan Komunikasi Mudah Alih (MCV) dan Stesen Penghantar-Terima Asas Mudah Alih (PBTS) ke lokasi kejadian untuk memberikan perkhidmatan masing-masing sehingga kerja baik pulih siap sepenuhnya.

Menurut MCMC, kebakaran telah menyebabkan kelengkapan dan kabel pada struktur menara yang dimiliki Maxis dan dikongsi bersama dengan Celcom, Digi serta U-Mobile itu musnah

Punca kebakaran masih disiasat.

BERNAMA

Facebook Comments Box
Berkaitan

Popular