Berita

Kerja Tambah Baik Selesai – Air Selangor

SHAH ALAM, 14 Okt — Kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset kritikal di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSPI) siap dilaksanakan, hari ini.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), berkata sehingga jam 6 pagi sistem rawatan air di LRA SSPI sudah distabilkan dan bekalan air mula disalurkan ke sistem agihan bekalan air.

“Bekalan kepada pengguna akan mula disalurkan secara berperingkat pada jam 5 petang hari ini,” menurut kenyataan itu hari ini.

Bagaimanapun, katanya tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas adalah berbeza.

“Ini bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air,” katanya.

Source Link

Facebook Comments Box

Artikel Berkaitan

Back to top button