BeritaCOVID19

Kes Baharu COVID-19 Turun Bawah 10,000 Hari Ini, Rekod 9,066 Kes

KUALA LUMPUR, 3 Okt — Kes baharu COVID-19 di Malaysia hari ini merekodkan penurunan di bawah 10,000 kes apabila mencatat 9,066 kes setakat 12 tengah hari ini, kata Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Kali terakhir negara mencatat kes baharu di bawah angka 10,000 ialah pada 12 Julai, iaitu 8,574 kes.

Menurut Dr Noor Hisham dengan perkembangan baharu itu, kes kumulatif COVID-19 di negara ini ialah 2,277,565 kes.

Dalam pada itu, Sarawak masih merupakan penyumbang tertinggi kes baharu dengan 1,418 kes diikuti Selangor dengan 1,000 kes.

Negeri-negeri lain pula mencatat kes di bawah 1,000, iaitu Johor dengan 981 kes, Terengganu (827), Sabah (767), Kelantan (796), Perak (669), Kedah (670), Pahang (630), Pulau Pinang (620), Melaka (206) dan Kuala Lumpur pula mencatat 201 kes.

Dua negeri lain merekodkan angka dua digit iaitu Perlis dengan 66 kes dan Putrajaya 24 kes manakala Labuan tidak mencatat sebarang kes.

BERNAMA

Source link

Facebook Comments Box

Artikel Berkaitan

Back to top button