Berita

Kesalahan Kecil Pematuhan SOP Kini Hanya Dikompaun RM1,500

46views

KUALA LUMPUR, 17 Mac — Individu melakukan kesalahan kecil berhubung pematuhan prosedur operasi standard (SOP) mengekang penularan COVID-19, hanya akan dikenakan kompaun RM1,500.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata kesalahan itu meliputi tidak memakai pelitup muka, gagal menjaga penjarakan fizikal dan tidak mendaftar melalui aplikasi MySejahtera atau merekod butiran diri ketika memasuki premis.

Beliau berkata, ia adalah ketetapan baharu diputuskan kerajaan susulan mesyuarat Kabinet, hari ini.

Katanya, kerajaan memuktamadkan Garis Panduan Penetapan dan Pengurangan Nilai Kompaun bagi kesalahan dilakukan mengikut Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021.

Beliau menjelaskan, garis panduan itu membahagikan jenis kesalahan kepada tiga kategori, manakala kompaun pula dihadkan kepada kadar tertentu mengikut jenis kesalahan, selain menetapkan diskaun berdasarkan tempoh bayaran dibuat.

Source Link