Sabtu, Jun 25, 2022
HomeUncategorizedKetua Penerangan BN Selangor Ditamatkan - Petanda Rombakan MKT?

Ketua Penerangan BN Selangor Ditamatkan – Petanda Rombakan MKT?

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) Selangor menamatkan perkhidmatan Isham Jalil sebagai Ketua Penerangan negeri itu.

Surat bertarikh 3 Jun itu dikemukakan oleh Setiausaha BN Selangor, Datuk Dr Mohamad Satim Diman.

“Adalah dimaklumkan bahawa Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras BN Selangor telah bersetuju agar perkhidmatan Tuan (Isham) sebagai Ketua Penerangan BN Selangor ditamatkan berkuat kuasa serta-merta.

“Keputusan ini dibuat melalui perbincangan bersama Pengerusi BN Malaysia (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) dengan merujuk kepada Fasal 23 Perlembagaan BN di mana tidak termaktub dan tertera di dalam Perlembagaan bagi Pengerusi Jawatankuasa BN Negeri untuk melantik Ketua Penerangan,” kata Satim dalam surat berkenaan.

Sementara itu, tambah beliau, BN Selangor merakam setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas perkhidmatan dan sumbangan yang telah Isham berikan kepada BN Selangor sepanjang menjadi Ketua Penerangan BN Selangor (lantikan).

Untuk rekod Isham yang juga bekas pegawai khas Datuk Seri Najib Razak dilantik sebagai Ketua Penerangan BN Selangor pada 31 Mei 2020 menggantikan Datuk Abd Rahman Bakri.

Isham berkata, kepimpinan BN Selangor melantik beliau mengisi jawatan berkenaan menerusi penyerahan surat lantikan.

Isham berkata beliau menerima pelantikan itu dengan hati terbuka dan menyifatkannya sebagai amanah serta kepercayaan yang diletakkan oleh kepimpinan BN Selangor.

Namun sumber-sumber sudah mula bertiup kencang perihal rombakan MKT mungkin akan melibatkan beberapa pertukaran termasuk Pengerusi Perhubungan Negeri dan beberapa jawatan lantikan yang dilihat sudah tidak berfungsi sama sekali.

Isham Jalil dikhabarkan berpotensi mengantikan Ketua Penerangan UMNO Malaysia atau sekurang-kurangnya menjawat jawatan Pengarah Komunikasi Barisan Nasional, portfolio baharu dalam Barisan Nasional bagi melancarkan jentera komunikasi dan penerangan dalam menghadapi Pilihanraya Umum ke 15 yang dijangka akan berlaku bila-bila masa sahaja.

Facebook Comments Box
Berkaitan

Popular