KKD: Berita palsu tular 16 Dis 2022

KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) — Berikut adalah penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) hari ini.

Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) menafikan dakwaan pengguna di aplikasi Twitter pada 11 Dis lepas, kononnya pihak RTM dijadikan alat propaganda kerajaan berdasarkan poster bertajuk ‘Tanggungjawab Rakyat’.

RTM menjelaskan bahawa kenyataan dipaparkan pada poster tersebut bukan suatu bentuk propaganda kerajaan sebaliknya lebih bersifat kepada tanggungjawab kerajaan kepada rakyat bagi menyebar maklumat serta dasar-dasar semasa kerajaan supaya tidak disalahertikan.

RTM juga memaklumkan bahawa penjelasan dasar kerajaan perlu sampai kepada rakyat dengan tepat mengguna pakai semua medium sedia ada.

Justeru, masyarakat disaran supaya sentiasa merujuk sumber rasmi bagi mendapatkan maklumat sahih dan terkini.

Sumber

Facebook Comments Box

Artikel Berkaitan

Back to top button