info@rakyat.my
Thursday, June 17, 2021
Berita

KKM Bakal Guna Sampel Air Liur Dan Kahak Untuk Kesan COVID-19

71views

PUTRAJAYA, 18 Feb — Kementerian Kesihatan (KKM) akan memulakan persampelan menggunakan air liur dan kahak dalaman (deep throat saliva) di peringkat hospitalnya dalam masa terdekat, sebelum ia diperkembangkan ke fasiliti kesihatan yang lain.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata penggunaan persampelan menggunakan air liur itu adalah satu alternatif kepada pengumpulan sampel melalui cara calitan di tekak dan hidung (nasopharyngeal dan oropharyngeal) yang digunapakai ketika ini.

Beliau berkata, persampelan itu adalah lebih selamat dan tidak invasif berbanding cara calitan tekak dan hidung, selain akan mempercepat serta meningkatkan saringan COVID-19

“KKM akan memulakan persampelan bagi ujian COVID-19 dengan menggunakan air liur (deep throat saliva) bagi membantu negara untuk memerangi pandemik COVID-19 yang sedang berlaku pada ketika ini.