Sabtu, Jun 25, 2022
HomeBeritaKLBA mahu lahirkan jaguh badminton miliki ketahanan mental dan fizikal

KLBA mahu lahirkan jaguh badminton miliki ketahanan mental dan fizikal

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) — Persatuan Badminton Kuala Lumpur (KLBA) berhasrat melahirkan lebih ramai jaguh badminton yang mempunyai ketahanan mental dan fizikal bagi menyertai kejohanan besar pada masa depan.

Presiden KLBA Datuk Seri Dr Jahaberdeen Mohamed Yunoos berharap barisan kepimpinan baharu persatuan itu bagi penggal 2022-2026, akan melipat ganda usaha dalam melahirkan pemain badminton terbaik.

Beliau berkata kehadiran ahli akademik seperti Prof P.Sivamurugan dan P.Thinavan dalam persatuan itu diharap dapat membantu dari segi meningkatkan kekuatan mental pemain.

“Program pembangunan yang sentiasa menjadi teras utama persatuan dalam melahirkan pelapis dan permata baharu sukan badminton negara, pastinya akan menjadi agenda utama KLBA,” katanya selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) KLBA kali ke-30 di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara di sini, hari ini.

Beliau berkata KLBA akan turut memperkenalkan Kejohanan Badminton Piala Punch Gunalan bagi mencungkil bakat baharu di peringkat akar umbi, selain Projek Jejak Juara 2022 yang akan dilancarkan Jun ini.

Sementara itu, Jahaberdeen yang juga Timbalan Presiden 2 Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengekalkan kedudukannya selaku Presiden KLBA bagi penggal 2022-2026 selepas menang tanpa bertanding.

Mohd Taupik Haji Hussain turut mengekalkan jawatannya sebagai Timbalan Presiden selepas menang tanpa bertanding, manakala tiga calon menyandang jawatan Naib Presiden iaitu P. Sivamurugan, P. Thinavan dan legenda badminton negara yang juga pemenang gangsa Olimpik 1992 Datuk Razif Sidek.

BERNAMA

Facebook Comments Box
Berkaitan

Popular