info@rakyat.my
Thursday, June 17, 2021
Berita

Kluster Berpunca Dari Rentas Daerah Penyebab PKBB Di Kota Tinggi, Mersing

83views

JOHOR BAHRU, 21 Nov — Kota Tinggi dan Mersing kekal dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kerana kluster baharu yang merentas daerah akibat pergerakan sosial masih dilaporkan.

Kluster Makmur menjadi kluster terbaharu dilaporkan meskipun pelaksanaan PKPB diisytiharkan tamat lebih awal di negeri ini pada hari ini, lebih awal daripada tarikh asal pada 6 Disember depan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar, R Vidyananthan, berkata kluster terbaharu ini membabitkan Kulai dan Johor Bahru.

Katanya, kes indeks dikesan positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 19 November lalu.

“Susulan itu, pengesanan dan saringan kontak dijalankan. Sehingga semalam, sejumlah 68 individu disaring dengan enam kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

“Kesemua kes dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang.

“Sehingga semalam, terdapat lapan kluster COVID-19 yang masih aktif di negeri ini, iaitu Kluster Makmur, Kluster Kiambang, Kluster Parit Kassan, Kluster Jeri, Kluster Meldrum, Kluster Bayu, Kluster Kempas dan Kluster Padang,” katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Vidyananthan berkata, seperti diumumkan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Kota

Tinggi dan Mersing masih lagi dikenakan PKPB kerana kedua-dua daerah terbabit melaporkan kluster baharu yang merentas daerah akibat pergerakan sosial meluas.

“PKPB yang dikenakan akan membantu agensi terbabit menjalankan kawalan secara efektif dan dapat mengekang penularan ke luar daerah.

“Peningkatan kes dilaporkan hingga kini, masih lagi disebabkan pencarian kes secara aktif dan aktiviti survelan dipertingkatkan Jabatan Kesihatan Negeri untuk mengekang penularan,” katanya.

Source Link